Blacy Smiley - Silly

Sunday, December 21, 2008

Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
p/s:juz for fun.....saje baca blek cita yg lucu2 4 me..nak tenangkan pikiran yang tengah serabut ni....tp nak jugak kongsi ngn korg smua...

Majlis Doa Selamat

Gambar yang di ambil  sekitar majlis doa selamat......

kuarga terdekat yang hadir.....

sepanjang majlis doa selamat berlangsung

ini kazen n anak buah kita.....

its makan time....

suasana di luar rumah....smua sbuk mamam

Saturday, December 20, 2008

BANJIR.....



Erm…..hari ni semua adik beradik kita berkumpul semua ….jarang skali nak berkumpul sama coz abg kita dulu duk kat semenanjung skrg ni dia dah transfer blek kat kuching so ini la peluang nya…jarak semakin dekat..sok hari ade kenduri doa selamat atau kesyukuran..dlm kitaorg melayan saudara mara yang datang ke rumah n ngn budak2 yang tgk tv…

tetiba je kecoh banjir…..hehehe….x delah banjir sgt2…just takat2 kaki je…klu kat srwk ni ktorg pgil ‘acap’…ape lagi anak buah turun la men air…hahaha..abah dorg marah…padan muka…hehe jahatnya usu dorg ni ….baru je smlm ckp ujan x henti2 sejak beberapa hari…kejut plak mlm ni banjir…nasib baik la x masuk umah coz umah kita tinggi skit la..Cuma smpi tempat parking n jalan depan umah kita je….arap2 la x naik tinggi lagi….. 



Thursday, December 18, 2008

hujan..

erm......cuaca di Kuching sekarang ni memang lembap je....jarang la nak nak panas sepanjang hari...alhamdulillah walaupun ujan je...tp x de nak banjir...dah la umah kita ni kat kawasan yang rendah...klu banjir mmg kompom kena la....dah time2 ujan cm ni biasa la...mula la flu memanjang...ni pun x sihat2 lagi...

teringat banjir besar yang berlaku beberapa thun lepas.....wah....mmg banjir giler...sempat jumpa 'tali pinggang'....bayangkan dlm air....so kena berjaga2 la...parang mmg x lepas dr tgn....klu pape yg boleh merbahayakan nyawa tetak je...masa tu ade jgk best sbb umah kita mmg kat sblh sungai so dpt tgk dorg dak2 kpg men kayak la...hehe...ada yg men jetski...dah tu kita g kat jalan besar men air...bayangkan air smpi paras dada.....

pengalaman kan...

Puteri Salju.........


Pure and trusting. You are a gentle soul who can get along with just about anyone. Everyone you meet instantly falls in love with you. How can they resist? You have a pure, lovable nature that's irresistable. Just don't trust everyone who comes across your path.

hehehe.....saje je nak try coz tgk kak gc ngn sabiah ni dah tau dorg watak apa......resultnye sama cam sabiah......snow white.....ade ke???ntah la....lu pikir la sendiri...... :P

Saturday, December 13, 2008

KAWAN....


kata mak, 
KAWAN tu ibarat lebah, 
habis madu sepah dibuang....... 

kata abah, 
KAWAN tu umpama bunga ros, 
dipandang cantik dipegang sakit..... 

kata atuk, 
KAWAN tu seperti air 
terus mengalir..... 

kata nenek, 
KAWAN tu bak bulan 
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... 

kate sedare, 
kawan tu mcm makanan, 
kawan makan kawan!! 

kata abang, 
KAWAN tu seperti lembu 
mengikut saje ape dikata........ 

kata kakak, 
KAWAN tu tak ubah macam durian 
bau je busuk tp sedap dimakan.... 

kata adik, 
KAWAN tu macam biskut 
sekejap ade sekejap takde....... 

kata aku, 
kawan tu tak kisahlah camner.. 
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA 
ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI 
LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM 
BISKUT!!! 
dia tetap kawan... 
tau tak sebab ape??? 
sekali aku dah kawan ngan dia 
selamanye dia ttp kawan aku.. 


Wednesday, December 3, 2008

One Litre of Tears

1 litre of tears AKA 1リットルの涙 (Ichi Rittoru no Namida)

Nak kongsi cerita ngn korg ttg cita drama jepun yang aku tgk….One litre of tears ni kisah benar sorg budak yang nama Ikeuchi Aya AKA Aya muda lagi baru je 15 tahun….Dia ni jenis yang aktif, cergas dan cerdas x kira la dlm bidang ko kurikulum atau pelajaran…Dia ni jenis yang happy go lucky..pastu dia ni jenis yang suka lari…hehehe..dah lari jatuh..mula2 aku pun heran jgk apsal la bdk ni lari2 pastu jatuh…

Nak di jadikan cerita, satu hari tu dia jatuh smpi teruk jgk la lukanya…then bila bw g hospital dah brapa kali cek n doctor masih nak pastikan betul2, dia kena uat lagi pemeriksaan…then last2 dr bgtau dia disahkan mengidap penyakit spinocerebellar ataxia iaitu sejenis penyakit yang menyerang bahagian blkg otak iaitu cerebellum dimana pesakit yang mengidap penyakit ini akan mengalami gangguan dari segi pergerakan, percakapan, menulis atau makan……

Fyena nak ajak korg melihat cm ne Aya dan keluarga serta kawan2 ni melalui hidupnya dengan tabah walaupun terpaksa berdepan dengan penyakit begini….Penuh dengan suka duka n kita akan turut belajar tentang erti persahabatan yang begitu indah dalam drama ini.

Kisah ini di hasilkan mengikut apa yang terdpat dalam diary yang di tulis oleh Aya sehingga dia x mampu nak menulis lagi….Aya menghembuskan nafas nya yang terakhir ketika usia nya 25 tahun….Impian Aya Cuma 1 iaitu ‘untuk hidup’…

Message drama ini ialah “Just being alive is such a lovely and wonderful thing."

p/s: mmg best r cita ni...bg semangat kat fyena supaya jgn cpt give up n terima diri seadanya n hargai lah org di sekeliling kita.... ( nanes je tgk drama ni wpun x paham apa yg dorg ckp sbb x da translater eng tp klu dah nanes tu mksdnya leh hayati la drama ni....)
 

Episod yang ada dlm simpanan fyena ada 11 episod tp ada episod 12 SP...x jumpa lagi...
Fyena bg korg tgk episod 1st jek k.....
Aya n Haruto Asou (Ryō Nishikido) 
dorg mmg rapat....kira nak kata best friend ye ....kapel pun ye jgk
ni Aya lakonan Erika Sawajiri dalam 1 litre of tears
ni gambar real Aya Ikeuchi yang sebenar....



ADAKAH ANDA TAU?????



1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

Ada byk lagi.. nak tau? read more pls...

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di
mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna iru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vin ci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita



Friday, November 28, 2008

JENIS DARAH REFLEKSI PERIBADI


Hari ni keputusan medical check up kuar....hasil dari pemeriksaan.......Alhamdulillah semua normal...cuma kena banyak kan uat senaman...hehe...mmg malas ckit klu bab2 bersenam ni...tp nak maintain kesihatan kenalah senam kan....kumpulan darah ialah B...hehehehe...dorg ckp darah yang paling kedekut coz susah nak derma kat orang lain yang bukan kumpulan darah yang sama....

so kita nak kongsi ngn korg la darah yang reflek peribadi korg....ada kaitan ke x...terpulang la..just for fun ok korg......

JENIS DARAH REFLEKSI PERIBADI

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri. 

Monday, November 24, 2008

CIKGU N ANAK MURID....


Cikgu

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi
senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling
digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang
seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak
tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan
ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari
ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan
berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua
mesti menjawad dengan sepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid
merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh
mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti
akan datang lagi.



RE : PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN


STEP 1:
Semakan Calon Jaya Untuk Menghadiri Temu Duga
Kemasukan ke UPSI

STEP 2:

Sila isikan No Kad Pengenalan anda
( tanpa '-' e.g. 880809065356 )


RESULT :

Tahniah dan syabas kerana saudara/i telah layak untuk menghadiri temu duga bagi Kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ambilan Disember Sesi 2008/2009.

NAMA : NOR AFINA UMAR
TARIKH : 01/12/2008 (ISNIN)

PUSAT TEMU DUGA : SAMARAHAN, SARAWAK *

Syukur alhamdulillah, fyena sudah melangkah satu langkah menghampiri impian fyena untuk melanjutkan pelajaran..hanya perlu melepasi ujian temuduga n masa pengajian sebelum berjaya menjadi seorang pendidik....insyaAllah





Friday, November 21, 2008

WAJIB BACA!!!!!!!!


Cuma untuk hiburan semata mata - tidak ada kena mengena pada yang hidup atau mati.


1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga...."

jawapannya kerana :

kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI.....


2. SENYUM pd orang tua tanda syg.
SENYUM pd kanak2 tanda kasih.
SENYUM pd kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lg...mmg sah GILA!


3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran..."
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!


4. "Cinta..ibarat kentut..."
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan .......
ahhhhhhh lega rasanya.......

5.Aku trpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya2, BENARKAH ini?
nafas ku terthn, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"


6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan
apabila selesai berdoa, jika
kegelapan masih
mengelilingimu
maka bayarlah
bil elektrikmu...................

hehe...no 1 tu mcm x sesuai utk frodo...nanti dia ckp kita sokong plak dia....

Tuesday, November 18, 2008

MEDICAL CHECK UP

hari ni ofis kitaorg ada uat ceramah kesihatan....ini semua rentetan dari hasil medical check up dorg (yg berumo 40++)....kan ke semua kakitangan awam yang berumo 40++ kena cek kesihatan kan....so hasil dr medical check up itu....semua kadar kolesterol dorg tinggi....cuma sorg je yang normal...pelik sungguh dlm byk2 dorg tu cuma sorg je yang normal..bak kata ofis mate kita...." kita semua kolesterol biasa2 je cuma satu je luar biasa "....

so....td masa ceramah tu dorg bg kesempatan kat sapa2 yang belum pnh uat medical check up boleh uat masa ni...mula2 was2 gak nak  uat medical check up ni...seram ada gak...tapi bila pikir blek....x rugi la cek semua ni...lagipun kuarga fyena ni ada sejarah kencing manis n darah tinggi....bahaya tu....

at the end antara 40++ org x smpi 10 org je yang uat medical check up...yg pmpn cuma fyena n  kwn fyena je yang berani...(ehem2.....berani gak tp seram sejuk tengok jarum )

tapi masa ambik darah tu, neves gak...mcm2 soalan di tanya kat MA n nurse tu...masa nurse nak cucuk jarum tu lama jgk dorg nak pilih urat...hehe...org kurus biasa r...nmpk mmg nmpk tp halus..nurse tu siap pesan klu takut jgn tengok...tp fyena rasa nak tgk je.....x delah sakit sangat...ingatkan sakit masa dia cucuk tu...hehe..

so.....rasanya sapa2 yang belum uat medical check up tu, better la g....prevention is better than cure....lgpun skrg ni fyena slalu pening2 kepala la.....ntah kenapa...

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN

PERHATIAN :

Harap maaf, TARIKH SEMAKAN CALON JAYA MENDUDUKI TEMUDUGA telah dipinda pada tarikh yang baharu iaitu :

24 NOVEMBER 2008 (ISNIN)

Tarikh temu duga adalah pada 1 DISEMBER HINGGA 4 DISEMBER 2008 

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Harap Maklum.

adesssss.........tukar lagik tarikh nye......lambat lagi la nampaknye.....berdebar2 ni...arap2 la dapat......

Monday, November 17, 2008

Salam Mukadimah



salam mukadimah dari fyena buat semua....
so sowie coz trus trang fyena bukan pndi sgt dlm karangan sgt ni...
dah nama bukan minat dlm karangan...
mesti korg terpikir ape kebenda nye felis catus ni????
tu ialah nama scientific kucing...hehehe
antara sebab2 fyena letak nama felis catus ni 
  1. sebab fyena asal  kuching
  2. duduk pun kat kuching 
  3. last sekali minat n suka sangat ngn kucing ni.......sbb miaw2 ni kiut bangettttttttttt......

dulu fyena byk kucing(sebenarnya kucing abg fyena tp jd kucing fyena jgk)....kucing yg ada 1st dlu nama pussy...hehehe...spesel sgt dia...coz kepala dia mcm rambut belah tengah (hehehe)...tp bila fyena jah 5 nak  pindah g bintulu fyena serah kat saudara fyena...tapi berita sedih nye bila tau dia lari dari umah (mst dia x biasa tinggal kat situ)...satu kes fyena suka pgil nama kucing double...cthnye nama dia yo, fyena pgil yoyo...hehe...nama jun fyena pgil jujun, john fyena pgil jojohn...mcm kiut je bila pgil cm tu.....

yoyo dah x da dah...jujun lari ikut kucing jantan lain...(gatai jgk jujun ni)skrg cuma tinggal sekor je lagi...jojohn.....dia jantan tp pemalu..hehe..dia jenis yg sopan santun je..klu kucing lain gaduh dia cuma jenguk je kat pintu pastu dia cuma kembangkan ekor jek.....hahaha.....nak join skali gaduh sowie la....dia ngn anak kucing pun takoooot...tp yg best jojohn ni dia la kucing pling manja sekali..........so syg dia...nak siom2 je dia...

ok...sekarang ni a bit tentang fakta kucing yang fyena ambik kat wikipidea...

The cat (Felis catus), also known as the domestic cat or house cat to distinguish it from other felines, is a small predatory carnivorous species of crepuscular mammal that is valued by humans for its companionship and its ability to hunt vermin, snakes and scorpions. It has been associated with humans for at least 9,500 years.

A skilled predator, the cat is known to hunt over 1,000 species for food. It can be trained to obey simple commands. Individual cats have also been known to learn on their own to manipulate simple mechanisms, such as doorknobs. Cats use a variety of vocalizations and types of body language for communication, including meowing, purring, hissing, growling, squeaking, chirping, clicking, and grunting. Cats may be the most popular pet in the world, with over 600 million in homes all over the world. They are also bred and shown as registered pedigree pets. This hobby is known as the "cat fancy".

Until recently the cat was commonly believed to have been domesticated in ancient Egypt, where it was a cult animal. However a 2007 study found that the lines of descent of all house cats probably run through as few as five self-domesticating African Wildcats (Felis silvestris lybica) circa 8000 BC, in the Near East.



Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com