Blacy Smiley - Silly

Wednesday, February 17, 2010

Masalah buang bayi...

Sebelum meneruskan bacaan. Saya ingin meminta maaf jika penggunaan ayat yang tidak betul. Bagi memenuhi kajian kes untuk subjek Psikologi Remaja..kami telah di beri tugasan untuk mengetengahkan masalah-masalah yang di hadapi oleh remaja masa kini dari sudut psikologi...setelah melihat begitu banyak kes pembuangan bayi maka kumpulan kami telah membuat keputusan untuk memilih tajuk Ketelanjuran Cinta.(hehehe.......ketua kami yang bagi nama...tajuk mesti gempaqqqq)

Jika kita perhatikan, kes-kes pembuangan bayi banyak berlaku pada bulan 11,12 dan sering kali kita melihat di kaca televisyen dan dada-dada akhbar yang bayi tersebut di buang di tempat-tempat amat menyedihkan dan tidak selayaknya bagi seorang bayi yang comel berada di situ dan dalam keadaan yang amat menyedihkan untuk kita menatapnya...bagi yang mempunyai empati yang tinggi mungkin dia akan merasai kesedihan bayi tersebut. Jika kita undurkan balik masa tersebut 9 bulan ke belakang...kita akan menemui bulan-bulan bagi remaja-remaja ini melakukan perkerjaan yang terkutuk ini..seperti yang di beritahu oleh seorang senior ku..musim mengawan..perkara ini berkemungkinan berlaku pada bulan 2 kan ke itu bulan untuk berkasih-kasihan, pastu bulan 8 bulan merdeka bagi remaja untuk balik sesuka hati tak ikut masa...


ok...saya ingin meminta pendapat kawan-kawan semua mengenai tajuk ini...

1) Punca perkara ini berlaku adalah di sebabkan oleh keadaan sekeliling, remaja itu sendiri, keluarga, atau mungkin di sebabkan oleh faktor biologi remaja itu sendiri contohnya hormon??
Patutkah kita menyalahkan pihak berkuasa yang mungkin tidak membendung perkara ini dari terus berlarutan???

2)Apakah hukuman yang di berikan sekarang ini berbaloi dengan apa yang mereka dapat...mereka cuma di tuduh atas tuduhan menyembunyi kan kandungan...tapi kenapa tidak di tuduh membunuh???

3) Apakah cara yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan masalah ini..

Anda boleh lontarkan apa sahaja pandangan atau pendapat anda...kerana setiap pendapat dan pandangan dapat membantu saya dalam kajian kes ini..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
TQ

Thursday, February 4, 2010

Jom g mengundi.....

Hari mengklik undi di UTHM

(bukan membuang undi sbb x yah buang kat dlm kotak tu pun)

harap2 semua nye berjalan dengan lancar hari ni....

x da insiden-insiden yang x di ingini berlaku...

ptg ni kena jaga aman masa pengiraan undi dan pengumuman calon yang menang...

huhuhu...

wait n see je....

Friday, January 22, 2010

BULAN DAN BUMI


Berfikir sejenak....................................

Tahukah kamu kenapa bulan dan bumi itu jauh???


Kemudian, cuba kamu ibaratkan bulan itu diri anda sendiri........


Apa yang telah bulan buat pada bumi walaupun bumi tersebut berada jauh dari bulan.......


Renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah~~~~


--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Setiap orang akan mempunyai persepsi yang berbeza mengenai perkara di atas...



Apa persepsi anda???



Sunday, January 17, 2010

katak oh katak....


Ada kegundahan tersendiri yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap. “Bu, apa kita akan binasa. Kenapa langit tiba-tiba gelap?” ucap anak katak sambil merangkul erat lengan induknya. Sang ibu menyambut rangkulan itu dengan belaian lembut.

“Anakku,” ucap sang induk kemudian. “Itu bukan pertanda kebinasaan kita. Justru, itu tanda baik.” jelas induk katak sambil terus membelai. Dan anak katak itu pun mulai tenang.

Namun, ketenangan itu tak berlangsung lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Daun dan tangkai kering yang berserakan mulai berterbangan. Pepohonan meliuk-liuk dipermainkan angin. Lagi-lagi, suatu pemandangan menakutkan buat si katak kecil. “Ibu, itu apa lagi? Apa itu yang kita tunggu-tunggu?” tanya si anak katak sambil bersembunyi di balik tubuh induknya.

“Anakku. Itu cuma angin,” ucap sang induk tak terpengaruh keadaan. “Itu juga pertanda kalau yang kita tunggu pasti datang!” tambahnya begitu menenangkan. Dan anak katak itu pun mulai tenang. Ia mulai menikmati tiupan angin kencang yang tampak menakutkan.

“Blarrr!!!” suara petir menyambar-nyambar. Kilatan cahaya putih pun kian menjadikan suasana begitu menakutkan. Kali ini, si anak katak tak lagi bisa bilang apa-apa. Ia bukan saja merangkul dan sembunyi di balik tubuh induknya. Tapi juga gemetar. “Buuu, aku sangat takut. Takut sekali!” ucapnya sambil terus memejamkan mata.

“Sabar, anakku!” ucapnya sambil terus membelai. “Itu cuma petir. Itu tanda ketiga kalau yang kita tunggu tak lama lagi datang! Keluarlah. Pandangi tanda-tanda yang tampak menakutkan itu. Bersyukurlah, karena hujan tak lama lagi datang,” ungkap sang induk katak begitu tenang.

Anak katak itu mulai keluar dari balik tubuh induknya. Ia mencoba mendongak, memandangi langit yang hitam, angin yang meliuk-liukkan dahan, dan sambaran petir yang begitu menyilaukan. Tiba-tiba, ia berteriak kencang, “Ibu, hujan datang. Hujan datang! Horeeee!”

*************************************************************************************

Anugerah hidup kadang tampil melalui rute yang tidak diinginkan. Ia tidak datang diiringi dengan tiupan seruling merdu. Tidak diantar oleh dayang-dayang nan rupawan. Tidak disegarkan dengan wewangian harum.

Saat itulah, tidak sedikit manusia yang akhirnya dipermainkan keadaan. Persis seperti anak katak yang takut cuma karena langit hitam, angin yang bertiup kencang, dan kilatan petir yang menyilaukan. Padahal, itulah sebenarnya tanda-tanda hujan.

Benar apa yang diucapkan induk katak: jangan takut melangkah, jangan sembunyi dari kenyataan, sabar dan hadapi. Karena hujan yang ditunggu akan datang. Bersama kesukaran ada kemudahan. Sekali lagi, bersama kesukaran ada kemudahan.




Friday, January 8, 2010

PERUBAHAN MOOD KERJA....

Kepada kawan-kawan yang tengah kerja sekarang ni....

Adakah mood anda seperti ini????

Jom kita tengok~~~~~



Wajah-wajah anda ketika datang kerja setiap hari....


Hari Isnin,


Hari Selasa,


Hari Rabu,


Hari Khamis,


Hari Jumaat,


And last one...Sabtu dan Ahad...


muahahahahahahahaha......

p/s: pling suka yang hr minggu tu..

Betul ke?????

Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com