Blacy Smiley - Silly

Sunday, December 21, 2008

Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
p/s:juz for fun.....saje baca blek cita yg lucu2 4 me..nak tenangkan pikiran yang tengah serabut ni....tp nak jugak kongsi ngn korg smua...

3 comments:

Anonymous said...

hehehehehehe...
pinah...
nakal gak ye kecik2..
yang penting cerite tu memang lawak!!!!

nizah85

fecca said...

ahahahaha~~.. sokong2.. sokong k.nizah....
lawak!! memang nakal neh...
ehehehehe~~
besalah, kanak2 kne nakal sket....
barulah life enjoy...
huhuhuhu~~

datomarsani said...

kah kah kah! dato n kawan2 tergelak besar giler babeh akibat membaca citer lawak tok imam yg dicabul kehormatannya itu!

Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan