Blacy Smiley - Silly

Sunday, October 18, 2009

makan malam sempena tamat latihan dan pertauliahan kor suksis uthm...



Baru je balik dari makan malam bagi meraikan super senior kami yang telah berjaya menamatkan latihan selama 3 tahun...Sebagai anggota kor suksis yang junior, kami amat hormat dengan mereka....agak membanggakan bila pelatih terbaik keseluruhan adalah anggota wanita.....Ini amat menaikkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan dalam kor suksis ini....

Paling best sekali of course la part makan...wah....kenyang sgt9999999999x...sampaikan ada yang x larat nk bangun...muahahaha....paling best meja kami sebab peruntukan 1 meja adalah 10 orang tapi kami cuma ada 6 orang je...hehehe..x larat la nak habiskan...bagi yang membe laki yang x cukup makan..hehehe

Dah selesai makan, apa lagi karaoke la~~~~hehehehe...ada juga bakat terpendam yang amat x disangka2 muncul tadi....ada yang ok, mengagumkan...dan teettttt~~~~







Saturday, October 17, 2009

Apa akan jadi kan bakal-bakal guru nanti?????

Agak terkejut juga bila lecturer kami bagitau yang penempatan guru-guru akan di bekukan @ di lambatkan bermula tahun 2010....maksudnya mulai tahun depan.....
Mula-mula dengar tu agak tidak faham so bila dah balik kuliah, terus surf internet cari benda ni.....walaupun agak terlambat mengetahui benda ini tapi ini berkaitan dengan kami semua bakal-bakal guru...jadi cm ne????lebih-lebih lagi kepada pengambilan yang baru ini...apa nasib kami nanti?????


so ini yang orang dapat...

NC (A&A): Penempatan ke sekolah dibeku bermula 2010

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara. (melambak sangat ke????rasanya graduan kursus lain pun rmi yang menganggur tapi kenapa kena gadaikan dan pertaruhkan guru....bukankah guru ni permulaan segala pendidikan????)

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.



sumber: www.upsikini.blogspot.com

Disini...saya sertakan sajak guru oh guru karya usman awang....harap orang-orang yang berkaitan hayati lah...

Guru Oh Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

what happen to me????

Rasanya sudah berkurun ku biarkan blog ni sepi, walaupun sepi itu indah...rasanya kalau diibaratkan rumah mungkin sudah usang dan penuh dengan sarang labah-labah....

Semenjak aku menyambung pelajaran aku sememangnya malas nak usik blog ni..tapi rindu jugak..hehehe~~~

banyak benda yang berlaku sepanjang blog ini menyepi...bulan ni je aku dah mula sibuk dengan aktiviti-aktiviti u....

awal bulan aku mengikuti program indahnya desa kat kampung sungai sarang buaya, di Semerah, Muar....memang menarik...keluarga angkat yang menjaga kami pun semua nya baik2 belaka...Asyik makan je....balik umah je makanan dah terhidang..(yelah klu kat asrama blek umah mana ada org sedia makanan....nak2 kena beli..makan pun skali sehari je~~~)program 3 hari 2 malam tu di isikan dengan lawatan ke pusat kraftangan tempurung kelapa, kolam air panas, persembahan penduduk kampung...sepatutnya kami di bawa ke ladang kelapa sawit dan getah untuk mengalami sendiri pengalaman menoreh getah dan mengambil kelapa sawit tetapi agak malang kerana hujan....tapi aktiviti yang paling memberi makna paling dalam ialah apabila kami memasak bersama-sama penduduk kampung dan memberi kan motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6.....pengalaman~~~~~




9-10/10/2009 pula join plak eksplorasi gua tempurung...wah..memang enjoy r...habis basah satu badan masuk gua...kena merangkak,meniarap, mengelongsor, masuk lubang yang kecik...semua nya best walaupun penat.....ajk kelab kembara pun sporting2 dan turut serta dalam explorasi tersebut....harap2 ada lagi program akan datang..insyaAllah akan join....korg tgk la ye picture ni...x reti nk gambar kan cm ne...





Monday, September 7, 2009

Friday, September 4, 2009

salam ramadhan.....

Salam Ramadhan kepada semua umat muslimin dan muslimat sekalian..


Alhamdulillah hari ini dah 14 hari kita semua menunaikan ibadah puasa ini...
Puasa kali ini amat berbeza bagi diri fyena kerana kali ini fyena berpuasa
berjauhan dari family...sebelum ni mmg la jauh tp x la jauh sangat...hehehe...


choppp!!jgn nk ckp fyena anak manja tau....
x mo..x mo..x mo....


dlu jauh jgk tp still dalam negeri yang sama...tanah yang sama...masih jg
dalam bumi...hehe tp skrg ni fyena kat johor...jauh tu....x sama negeri...
terpisah dek lautan yang memisahkan....kalau nk blek buka puasa dengan
family kena nek belon r...hehehehe
rindu la nk mamam masakan Sarawak...nk rasa bubur pedas, mee kolok....
huhuhu...


kat cni mana ada jual benda tu...
dah tanya membe2 Srwk yang dah lama duk kat cni tp dorg cakap mmg
susah nak cari...


Sebelum ni sedih jgk...smua org dah ckp beli tket blek kpg...
waaaa....kita pun nk jgk blek kpg...
pas tu..kita cuba sedaya upaya aktifkan blek akaun kita...
hahaha...akhirnya kita berjaya jgk blek kpg...
huhuhu...kejap pun jadi la...asalkan kita sempat nk berbuka puasa kat
sana n sambut raya kat sana.....


bila masuk bulan puasa ni...teringat plak saat mula2 join kelab RAM ni....
x sedar plak rupanya kita dah sthun lebih kat kelab ni...tarikh daftar
kat kelab ni 24 Ogos 2008...


dlu mula-mula mmg aktif jgk r kat kelab n karpet...
masa ni la jumpa kak elle, kak illa, kak sue, kak teja, nain, nizah,
sabiah, osh, dato' (ali), akim sensei, kak gc, kak linda, abg mie long,
dak utan, edan, abg joe ( kenyalang) , abg web, fecca...n ramai lagi la...
klu nk sebut semua mmg x dapt r..so sori klu x sebut...
klu yang baru2 ni mungkin fyena x kenal korg n korg pun x kenal fyena...
hehehe..x pe..nanti ada masa kita sembang kat kelab k...


dlu2 takut jgk klu lost kontek...alhamdulillah...walaupun jarang la nk
join kelab tau karpet lagi tp kita masih lagi kontek ngn dorg ni...


tp stakat ni kita baru jumpa kak sue jek...hehehe..yang len insyaAllah
klu umur kita panjang kita jumpa la jgk...tpi korg tetap dalam ingatan
fyena...klu bukan sebab join kelab ni...fyena x mungkin kenal abg RAM
secara lebih dekat...pastu fyena pun dapat byk gift...hehehe...yeke gift???
dalam kelab ni jgk r, fyena kenal erti persahabatan ni boleh di pupuk
walaupun kita x penah jumpa yelah...dalam tenet je kan....fyena yang jauh2
ni rasa tau...bangga sangat dapat akak n kwan2 cm korg semua...
housemate fyena pun jeles tau...
sebab fyena byk akak...hehehe


yang sal friendship tu dedicated tuk korg semua tau.....
hayati la...
love u all....

Tuesday, July 21, 2009

True friendship never ends

Nobody is perfect until you fall in love with them.

Love starts with a smile, grows with a kiss, and
ends with a tear.

Don't cry over anyone who won't cry over you.

What do you do when the only person who can
make you stop crying is the person who made you
cry?

If love isn't a game, why are there so many
players?

Good friends are hard to find, harder to leave, and
impossible to forget.

You can only go as far as you push!

Actions speak louder than words.

The hardest thing to do is watch the one you love,
love somebody else.

Don't let the past hold you back, you're missing
the good stuff.

Life's short. If you don't look around once in a while
you might miss it.

A best friend is like a four leaf clover, hard to find
and lucky to have.

Some people make the world special by just being
in it.

Best friends are the siblings God forgot to give us.

When it hurts to look back, and you're scared to
look ahead, you can look beside you and your
best friend will be there.

True friendship never ends.

Friends are forever.

Good friends are like stars... .you don't always see
them, but you know they are always there.

Don't frown, you never know who is falling in love
with your smile.

Everything is okay in the end. If it's not okay, then
it's not the end.

Most people walk in and out of your life, but only
friends leave footprints in your heart.


If u love something... let it go.
If it comes back to you its yours... .
If it doesn't then it never was.

A kiss is just a kiss until u find the one you love. A
hug is just a hug, until its from the one ur thinking
of. A dream is just a dream until u make it come
tru. LOVE is just a word until its proven 2 u.

Sunday, July 19, 2009

Baby....

Tahniah Nizah dah selamat melahirkan baby girl yang comel Isnin lepas......Seram la dengar cita Nizah 12 jam dalam labour room.....x tau la kenapa lama sangat....
Nanti boleh la jumpa coz sekarang kita dah dekat dah...



Ni bukan baby Nizah...tapi baby fina..hehehe...anak buah la...Mohamad Adam Haikal...

Akhirnya bertemu jua............

19 Julai 2009.....Lama jugak aku x mengisi ruangan di dalam blog ini...Hari ni aku rasa rajin la plak nk menaip...huhuhu...Hari ini aku jumpa jgk dengan Kak Sue...1st time jumpa tu......Neves ada jgk yelah nk jumpa kan....
Housemate semua hairan...Aik padahal baru sampai kat johor dah ada kawan ke.......
Hish...X reti la nk bagi tau...
Berkat Kelab RAM...kita ramai akak2...hehe...
TQ to Kak Sue n Zana (anak buah akak) coz bawa kita g jalan2 n blnja makan...Buah Pulasan yang akak bg tu bila smpi umah dah tinggal setengah dah...(housemate dah makan dlu)...
Sedap tu.....tp susah nk pulas la sbb buah dia besar sangat.....


Sempat jgk posing dengan Kak Sue depan umah Fyena....Kat Kolej Kediaman Melewar....

Thursday, March 19, 2009

PESTA BUKU SABAH AND............... MIKHAIL ON 20/3/2009


Pesta Buku Sabah....

Em...Bestkan....Ini sesuatu yang pasti akan menarik minat ramai penduduk Sabah untuk hadir nanti....Terutama ulat-ulat buku....Masa ni la kita akan tengok ramai yang akan borong banyak buku....( Em.... murah sgt ke smpi borong2 ni??? ) nak tau g la jenguk Pesta Buku Sabah nanti...

Dan yang pastinya my favourite novelis Ramlee Awang Mursyid will be there too....Wow...Bestnya....Pesta Buku ni akan di adakan bermula pada 20 Mac 2009 sehingga 23 Mac 2009 dari 10 pagi sehingga 10 malam.....So sape2 peminat buku tu jangan la lepaskan peluang ini dan luangkan hujung minggu anda di Pesta Buku...Korang nak bawa semua keluarga pun x kisah...Lagi ramai lagi meriah...

O ya...kepada peminat Ramlee Awang Mursyid...mesti korang semua dah x sabar-sabar nak dapatkan novel terbaru beliau...kan kan kan ( baca ikut gaya upin ipin tau... ) ... the good news is....Mikhail akan mula di pasarkan pada 20 Mac ni... So korang dapatkan novel terbaru beliau di pasaran sekarang.. InsyaAllah ada la tu.... Dan...novel Mikhail juga ada masa Pesta Buku nanti...kalau ada abg RAM kat situ leh la minta autograph kan....hehe...

Tagline untuk Mikhail ialah 

" Bila pemburu menjadi mangsa

Siapa yang membaham siapa "

atau 

" Bukan Sekadar Sebuah Nama..... "

Untuk peminat Abg RAM...akan di adakan Sesi Sepetang bersama Ramlee Awang Mursyid pada 19/3/2009....

So.....for more information about all this sila lah ke www.kelabram.com atau www.alaf21.com.my

Sunday, March 15, 2009

KIDS......

TEACHER: Why are you late?
WEBSTER: Because of the sign.
TEACHER: What sign
WEBSTER: The one that says, "School Ahead, Go Slow."

*************************************************************
TEACHER: Cindy, why are you doing your math 
multiplication on the floor?
CINDY: You told me to do it without using tables!

************************************************************

TEACHER: John, how do you spell "crocodile?"
JOHN: K-R-O-K-O-D- A-I-L" 
TEACHER: No, that's wrong 
JOHN: Maybe it's wrong, but you asked me how I spell it!

***********************************************************

TEACHER: What is the chemical formula for water?
SARAH: H I J K L M N O!!
TEACHER: What are you talking about? 
SARAH: Yesterday you said it's H to O! 

***********************************************************

TEACHER: George, go to the map and find North America.
GEORGE: Here it is!
TEACHER: Correct. Now class, who discovered America ?
CLASS: George! 

***********************************************************

TEACHER: Willie, name one important thing we have 
today that we didn't have ten years ago.
WILLIE: Me

**********************************************************
TEACHER: Tommy, why do you always get so dirty?
TOMMY: Well, I'm a lot closer to the ground than you are. 

**********************************************************

TEACHER: Ellen, give me a sentence starting with "I."
ELLEN: I is...
TEACHER: No, Ellen..... Always say, "I am."
ELLEN: All right... "I am the ninth letter of the alphabet." 

********************************************************* 

TEACHER: "Can anybody give an example of COINCIDENCE? "
JOHNNY: "Sir, my Mother and Father got married on the
same day, same time."

********************************************************* 

TEACHER: "George Washington not only chopped down 
his father's cherry tree, but also admitted doing
it. Now do you know why his father didn't punish him?"
JOHNNY: "Because George still had the ax in his hand."

********************************************************* 

TEACHER: Now, Sam, tell me frankly, do you say 
prayers before eating?
SAM: No sir, I don't have to, my Mom is a good cook.  

********************************************************* 

TEACHER: Desmond, your composition on "My Dog" is
exactly the same as your brother's. Did you copy his? 
DESMOND: No, teacher, it's the same dog!

********************************************************* 

TEACHER: What do you call a person who keeps on
talking when people are no longer interested?
PUPIL: A teacher.

*********************************************************


Saturday, February 28, 2009

to kawan2 RAMFC

assalamualaikum......28 Februari 2009, ahli RAMFC membuat aktiviti lepak santai RAMFC di Taman Warisan PutraJaya........wah sedihnya x dapat join kawan2 semua.....tapi harap korang semua bergembira semua sebab dapat jumpa abg RAM....nanti ada masa kita akan jumpa jgk... jangan lupakan fyena kat cni............

harap korg semua happy2 kat sana.....nanti nak tgk gambar masa xtvt ye....

Saturday, February 21, 2009

kembali.......

Salam semua...Lama rasanya tidak menghadirkan diri kat blog ni....
Dah 2 bulan menyepikan diri....Baru je melawat laman blog kawan2...
Tertarik bila baca ada yg ada yang buat entry pasal blaja bahasa Sarawak....
Memang best la tengok...sebab bahasa Sarawak ni pelik2 ckit...Lebih2 lagi ada bahasa Sarawak lama2 yang kita x pernah dengar pada masa sekarang...Sekarang ni kebanyakkan orang menggunakan bahasa Sarawak yang dah cmpur dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris...Bahasa Melayu Sarawak hampir sama je mungkin slanga dia berbeza mengikut tempat....bak kata orang sarawak ada di antara bahasa diaorang tu terlalu "jebong"....maksudnya terlalu dalam bahasa Sarawak yang di gunakan...
Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com