Blacy Smiley - Silly

Monday, November 24, 2008

CIKGU N ANAK MURID....


Cikgu

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi
senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling
digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang
seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak
tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan
ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari
ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan
berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua
mesti menjawad dengan sepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid
merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh
mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti
akan datang lagi.



1 comment:

Linda Amri said...

hahahahah hihihihih huhuhuhuhu lawak gila lah fyena! ada cerita cam nih lagik ke?

Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com