Blacy Smiley - Silly

Wednesday, January 11, 2012

True Story at UTHM

Macam biasa, kalau malam je misi mencari makanan...tempat makan kami memilih untuk makan je di taman u. nk jimat masa kan, lagi pun sekarang tengah exam so kena simpan masa untuk study...dalam perjalanan ke kedai makan, kami terkejut dengan siren dari kereta polis dan kelihatan nya kereta polis tu dibawa dengan sangat laju dan seakan mengejar sesuatu...masa tu dianggarkan dalam jam 8.15 malam. Jadi kami andaikan kemungkinan besar ada berlaku kemalangan di pekan parit raja..ala biasa la klu ada accident kat sini. x pun ada buat demo...tapi x mungkin jgk..sape nk buat demo masa exam2 cmni..bek study kan...

da sampai kat kedai makan, da siap pesan makanan, ada lagi kereta peronda polis lalu...sampai 6 biji tu....apsal la banyak plak kereta polis malam ni..kami pun pelik plak..kami tunggu jugak ambulan lalu kan. kan kami ingat ada accident...tengah tunggu makanan tu boleh plak buka cite, macam mana la klu korg berdepan dengan adegan tembak-menembak kat jalan..pastu sorg plak membe kata x mungkin la berlaku kat parit raja kan...sape plak nak men tembak-tembak kat cni...klu kat KL maybe la kot...kami pun macam ye jgk kan..x mungkin la...


balik tu sambung study...so memang x buka la internet or facebook kan..then cm ne da penat on la fb...terkejut do...serius mmg masin la mulut kawan td..ada kejadian tembak menembak kat parit raja...melibatkan 3 orang penjenayah. sorg da kena tangkap then 2 orang lagi masih di buru. dorg kata penjenayah tu kat area kolej kediaman perwira...so kawan2 yang duduk sana hati2 la...kunci rumah, n jangan benarkan sape2 buka pintu klu dia x gtau sape dia...jangan kata duk perwira la...semua yang duk kat parit raja la kena hati2..

dalam kejadian itu, seorang student dari UTHM pelajar tahun 3 Fakulti Pengurusan Teknologi kemalangan. mangsa dalam perjalanan pulang kerumah, dan kebetulan pada masa yang sama terdapat insiden kejar mengejar antara polis dan penjenayah (perompak). kejadian tembak menembak berlaku di sekitar kawasan pintu pagar utama UTHM. kemalangan berlaku di depan ESSO Parit Raja dimana perompak telah menghimpit kereta mangsa sewaktu berusaha untuk melarikan diri.

sekarang ni pihak polis tengah mengesan penjenayah tersebut dengan menggunakan anjing pengesan..so parit raja x tenteram malam ni..



gambar : kenderaan pelajar UTHM yang terlibat dalam kemalangan tersebut....semoga beliau cepat sembuh..

No comments:

Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan