Blacy Smiley - Silly

Saturday, January 7, 2012

Secret Admirer @ Diam mencintai mu???


















Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya,
tapi luahkan pada Allah,
beritahulah pada Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai dia dalam diam,
dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.
Jika benar cinta itu kerana Allah,
maka biarkanlah ia mengikut aliran Allah kerana
hakikatnya ia berhulu dari Allah
maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" (Adz Dzariyat :49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah,
berdoalah dan berpuasalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al Israa' : 32)

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasakan bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas,
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-Nya

bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

cukup cintai dengan kesederhanaan
memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

cintailah dengan keikhlasan kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir dengan seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?

"..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al Baqarah :216)
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimilikki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengat pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikannya dengan cara Nya tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan  dengan kesederhanaan dan keikhlasan
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk di bolak balikkan.

serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memillikinya
biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barang siapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga" (Umar Bin Al Khattab ra)


If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah
Just hold her in your heart for a few more years
then you can do it the halal way

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah maka bererti ia telah sempurna imannya" (HR Al Hakim)
kredit : Diari Hati

 

No comments:

Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com