Blacy Smiley - Silly

Saturday, January 14, 2012

Takrif Gagal : Orang Hebat VS Orang Biasa

Saya suka artikel ini sebab kadang kala saya seperti yang digambarkan..yelah x leh jawab exam, pastu bebel2..astagfirullah...kadang kala kita alpa dengan semua ni..kita perlukan kawan untuk menegur bila kita lemah begini...walaupun saya orang biasa saya nak juga jadi orang hebat..jadi saya nak kongsikan bersama-sama artikel ini supaya dapat memotivasikan diri saya dan anda juga...
"Aduh, fail.." .. "Aaaah, rugi, rugi..".. "Gagal lagi.."
Itulah antara keluhan yang sering kita dengar apabila apabila kenyataan yang diharapkan bertukar menjadi malapetaka. Pastinya ketidaksampaian harapan atau ringkasnya gagal, baik dalam apa jua pekerjaan mahupun sebagai pelajar mencetuskan pelbagai perasaan.

Selangkah menuju Pengijazahan..

Alhamdulillah...
Syukur kehadratnya, hari ini aku dah selesai menjawab paper terakhir...
penat lelah selama 2tahun setengah hampir menampakkan hasilnya...
sekarang ujian terakhir yang terpaksa aku lalui untuk menjadi pendidik adalah LATIHAN MENGAJAR...

kemana arah tujuan selepas ni..ke LANGKAWI..
welcome to Sekolah Menengah Vokasional Langkawi...
Aku dah la x pernah study kat SMV macam mana la nak berdepan dengan student nanti...
risau pun ada jgk..
Semoga dipermudahkanlah segala urusan aku...

Wednesday, January 11, 2012

True Story at UTHM

Macam biasa, kalau malam je misi mencari makanan...tempat makan kami memilih untuk makan je di taman u. nk jimat masa kan, lagi pun sekarang tengah exam so kena simpan masa untuk study...dalam perjalanan ke kedai makan, kami terkejut dengan siren dari kereta polis dan kelihatan nya kereta polis tu dibawa dengan sangat laju dan seakan mengejar sesuatu...masa tu dianggarkan dalam jam 8.15 malam. Jadi kami andaikan kemungkinan besar ada berlaku kemalangan di pekan parit raja..ala biasa la klu ada accident kat sini. x pun ada buat demo...tapi x mungkin jgk..sape nk buat demo masa exam2 cmni..bek study kan...

da sampai kat kedai makan, da siap pesan makanan, ada lagi kereta peronda polis lalu...sampai 6 biji tu....apsal la banyak plak kereta polis malam ni..kami pun pelik plak..kami tunggu jugak ambulan lalu kan. kan kami ingat ada accident...tengah tunggu makanan tu boleh plak buka cite, macam mana la klu korg berdepan dengan adegan tembak-menembak kat jalan..pastu sorg plak membe kata x mungkin la berlaku kat parit raja kan...sape plak nak men tembak-tembak kat cni...klu kat KL maybe la kot...kami pun macam ye jgk kan..x mungkin la...


Tuesday, January 10, 2012

never give up

Anak


Jika Anak dibesarkan dengan Celaan,
maka ia belajar Memaki
Jika Anak dibesarkan dengan Permusuhan,
maka ia belajar Berkelahi
Jika Anak dibesarkan dengan Ketakutan,
maka ia belajar Gelisah
Jika Anak dibesarkan dengan Rasa Iba,
maka ia belajar Menyesali Diri
Jika Anak dibesarkan dengan Olok-Olok,
maka ia belajar Rendah Diri
Jika Anak dibesarkan dengan Iri Hati,
maka ia belajar Kedengkian

Jika Anak dibesarkan dengan Dorongan,
maka ia belajar Percaya Diri
Jika Anak dibesarkan dengan Toleransi,
maka ia belajar Menahan Diri
Jika Anak dibesarkan dengan Pujian,
maka ia belajar Menghargai
Jika Anak dibesarkan dengan Penerimaan,
maka ia belajar Mencintai
Jika Anak dibesarkan dengan Dukungan,
maka ia belajar Menyenangi Diri
Jika Anak dibesarkan dengan Pengakuan,
maka ia belajar Mengenali Tujuan
Jika Anak dibesarkan dengan Berbagi,
maka ia belajar Kedermawanan

Jika Anak dibesarkan dengan Rasa Kejujuran dan Keterbukaan,
maka ia belajar Kebenaran dan Keadilan
Jika Anak dibesarkan dengan Rasa Aman,
maka ia belajar Menaruh Kepercayaan
Jika Anak dibesarkan dengan Persahabatan,
maka ia belajar Menemukan Cinta dalam Hidup
Jika Anak dibesarkan dengan Ketentraman,
maka ia belajar Berdamai dengan Fikiran.

Sunday, January 8, 2012

7 wonders of nature 2012

Kita sering mendengar tujuh keajaiban dunia.  Kali ini saya nak bawa semua melihat tujuh keajaiban alam semulajadi di dunia ini.  Keputusan tujuh keajaiban dunia ini dipilih oleh seluruh warga dunia dengan menggunakan undian melalui telefon, mesej dan secara "online".  Sebanyak 28 finalis yang bertanding dalam kategori ini termasuk Laut Mati, Gunung Kilimanjaro, Grand Canyon, Great Barrier Reef dan Black Forest. Namun demikian, berikut merupakan pilihan penduduk dunia tentang 7 WONDERS OF NATURE bagi tahun 2012.

amazon rainforest

THE AMAZON RAINFOREST


VIETNAM'S HALONG BAY


Puerto Princesa underground river in the Phillipines


The Iguazu Falls in South America


The Jeju Island in South Korea


The Komodo National Park in Indonesia


Table Mountain in South Africa


Subhanallah.....cantik kan ciptaan Tuhan....

Mini Reunion 9 senget dan 15

Last sem berada di UTHM....kami telah mengumpulkan bala tentera yang pernah duduk serumah dengan kami untuk buat reunion...sebelum ni saya pernah tunjukkan wajah-wajah roommate dan housemate kan..jadi kali ni kumpul semua dari rumah no 9 ke rumah no 15....huhuhu cuba kira berapa....13 orang semuanya....seorang tak boleh datang sebab ada masalah keluarga...

agenda pertama...g mengenyangkan perut dulu...kami g makan kat warung sendo...huhuuhuhu...
sesungguhnya dari dulu sampai sekarang kami tidak mengerti adakah kuasa meja itu yang menyebabkan kami semua suka duduk lama-lama di meja dan seolah-olah tak akan habis cerita la...padahal semua memang suka bercakap buktinya sekarang ni pun x da meja makan tapi masih juga nk duduk lama-lama sambil sembang2 kan......






selepas itu apa lagi agenda kedua....hobi dan kegemaran dak2 umah kami....jom photoshoot...hahahaha

g dataran siswazah dan mula la posing2...gelap pun gelap la yang penting ada cahaya sikit...nasib baik la malam ni bulan terang kan....(erm betul ke ayat ni..)..







Tapi yang paling penting saya sayang korg semua...nanti mesti rindu kat korang semua.....
habis da smua tu..mula untuk berpisah kembali ke rumah masing2....hehehehe.. x per nanti kita jumpa la lagi..kot2 nk buat reunion 5 thun ke 10 tahun akan datang kan.....huhuhuhu


FRIENDS FOREVER

Saturday, January 7, 2012

I MISS YOU



Lepas godek2 blog ni, ubah sana ubah sini,
tambah sana tambah sini.......

lepas tu tiba-tiba rasa sebak dan rindu.....

kat sape??huhuuhu...

x tahu la nak cakap...

just miss that moment with....

all happened in this cyber world...

tinggal kenangan...that's all I can say...

Secret Admirer @ Diam mencintai mu???


















Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya,
tapi luahkan pada Allah,
beritahulah pada Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai dia dalam diam,
dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.
Jika benar cinta itu kerana Allah,
maka biarkanlah ia mengikut aliran Allah kerana
hakikatnya ia berhulu dari Allah
maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" (Adz Dzariyat :49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah,
berdoalah dan berpuasalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al Israa' : 32)

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasakan bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas,
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-Nya

bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

cukup cintai dengan kesederhanaan
memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

cintailah dengan keikhlasan kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir dengan seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?

"..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al Baqarah :216)
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimilikki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengat pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikannya dengan cara Nya tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan  dengan kesederhanaan dan keikhlasan
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk di bolak balikkan.

serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memillikinya
biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barang siapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga" (Umar Bin Al Khattab ra)


If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah
Just hold her in your heart for a few more years
then you can do it the halal way

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah maka bererti ia telah sempurna imannya" (HR Al Hakim)
kredit : Diari Hati

 

Thursday, January 5, 2012

KISAH CIKGU DAN PELAJAR TENTANG CINTA

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? 

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.


Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan please cuba teruskan perhubungan tersebut walaupunper banyak kara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

kredit : pemanis kata
Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com