Blacy Smiley - Silly

Friday, November 28, 2008

JENIS DARAH REFLEKSI PERIBADI


Hari ni keputusan medical check up kuar....hasil dari pemeriksaan.......Alhamdulillah semua normal...cuma kena banyak kan uat senaman...hehe...mmg malas ckit klu bab2 bersenam ni...tp nak maintain kesihatan kenalah senam kan....kumpulan darah ialah B...hehehehe...dorg ckp darah yang paling kedekut coz susah nak derma kat orang lain yang bukan kumpulan darah yang sama....

so kita nak kongsi ngn korg la darah yang reflek peribadi korg....ada kaitan ke x...terpulang la..just for fun ok korg......

JENIS DARAH REFLEKSI PERIBADI

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri. 

Monday, November 24, 2008

CIKGU N ANAK MURID....


Cikgu

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi
senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling
digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang
seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak
tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan
ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari
ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan
berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua
mesti menjawad dengan sepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid
merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh
mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti
akan datang lagi.



RE : PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN


STEP 1:
Semakan Calon Jaya Untuk Menghadiri Temu Duga
Kemasukan ke UPSI

STEP 2:

Sila isikan No Kad Pengenalan anda
( tanpa '-' e.g. 880809065356 )


RESULT :

Tahniah dan syabas kerana saudara/i telah layak untuk menghadiri temu duga bagi Kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ambilan Disember Sesi 2008/2009.

NAMA : NOR AFINA UMAR
TARIKH : 01/12/2008 (ISNIN)

PUSAT TEMU DUGA : SAMARAHAN, SARAWAK *

Syukur alhamdulillah, fyena sudah melangkah satu langkah menghampiri impian fyena untuk melanjutkan pelajaran..hanya perlu melepasi ujian temuduga n masa pengajian sebelum berjaya menjadi seorang pendidik....insyaAllah





Friday, November 21, 2008

WAJIB BACA!!!!!!!!


Cuma untuk hiburan semata mata - tidak ada kena mengena pada yang hidup atau mati.


1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga...."

jawapannya kerana :

kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI.....


2. SENYUM pd orang tua tanda syg.
SENYUM pd kanak2 tanda kasih.
SENYUM pd kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lg...mmg sah GILA!


3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran..."
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!


4. "Cinta..ibarat kentut..."
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan .......
ahhhhhhh lega rasanya.......

5.Aku trpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya2, BENARKAH ini?
nafas ku terthn, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"


6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan
apabila selesai berdoa, jika
kegelapan masih
mengelilingimu
maka bayarlah
bil elektrikmu...................

hehe...no 1 tu mcm x sesuai utk frodo...nanti dia ckp kita sokong plak dia....

Tuesday, November 18, 2008

MEDICAL CHECK UP

hari ni ofis kitaorg ada uat ceramah kesihatan....ini semua rentetan dari hasil medical check up dorg (yg berumo 40++)....kan ke semua kakitangan awam yang berumo 40++ kena cek kesihatan kan....so hasil dr medical check up itu....semua kadar kolesterol dorg tinggi....cuma sorg je yang normal...pelik sungguh dlm byk2 dorg tu cuma sorg je yang normal..bak kata ofis mate kita...." kita semua kolesterol biasa2 je cuma satu je luar biasa "....

so....td masa ceramah tu dorg bg kesempatan kat sapa2 yang belum pnh uat medical check up boleh uat masa ni...mula2 was2 gak nak  uat medical check up ni...seram ada gak...tapi bila pikir blek....x rugi la cek semua ni...lagipun kuarga fyena ni ada sejarah kencing manis n darah tinggi....bahaya tu....

at the end antara 40++ org x smpi 10 org je yang uat medical check up...yg pmpn cuma fyena n  kwn fyena je yang berani...(ehem2.....berani gak tp seram sejuk tengok jarum )

tapi masa ambik darah tu, neves gak...mcm2 soalan di tanya kat MA n nurse tu...masa nurse nak cucuk jarum tu lama jgk dorg nak pilih urat...hehe...org kurus biasa r...nmpk mmg nmpk tp halus..nurse tu siap pesan klu takut jgn tengok...tp fyena rasa nak tgk je.....x delah sakit sangat...ingatkan sakit masa dia cucuk tu...hehe..

so.....rasanya sapa2 yang belum uat medical check up tu, better la g....prevention is better than cure....lgpun skrg ni fyena slalu pening2 kepala la.....ntah kenapa...

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN

PERHATIAN :

Harap maaf, TARIKH SEMAKAN CALON JAYA MENDUDUKI TEMUDUGA telah dipinda pada tarikh yang baharu iaitu :

24 NOVEMBER 2008 (ISNIN)

Tarikh temu duga adalah pada 1 DISEMBER HINGGA 4 DISEMBER 2008 

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Harap Maklum.

adesssss.........tukar lagik tarikh nye......lambat lagi la nampaknye.....berdebar2 ni...arap2 la dapat......

Monday, November 17, 2008

Salam Mukadimah



salam mukadimah dari fyena buat semua....
so sowie coz trus trang fyena bukan pndi sgt dlm karangan sgt ni...
dah nama bukan minat dlm karangan...
mesti korg terpikir ape kebenda nye felis catus ni????
tu ialah nama scientific kucing...hehehe
antara sebab2 fyena letak nama felis catus ni 
  1. sebab fyena asal  kuching
  2. duduk pun kat kuching 
  3. last sekali minat n suka sangat ngn kucing ni.......sbb miaw2 ni kiut bangettttttttttt......

dulu fyena byk kucing(sebenarnya kucing abg fyena tp jd kucing fyena jgk)....kucing yg ada 1st dlu nama pussy...hehehe...spesel sgt dia...coz kepala dia mcm rambut belah tengah (hehehe)...tp bila fyena jah 5 nak  pindah g bintulu fyena serah kat saudara fyena...tapi berita sedih nye bila tau dia lari dari umah (mst dia x biasa tinggal kat situ)...satu kes fyena suka pgil nama kucing double...cthnye nama dia yo, fyena pgil yoyo...hehe...nama jun fyena pgil jujun, john fyena pgil jojohn...mcm kiut je bila pgil cm tu.....

yoyo dah x da dah...jujun lari ikut kucing jantan lain...(gatai jgk jujun ni)skrg cuma tinggal sekor je lagi...jojohn.....dia jantan tp pemalu..hehe..dia jenis yg sopan santun je..klu kucing lain gaduh dia cuma jenguk je kat pintu pastu dia cuma kembangkan ekor jek.....hahaha.....nak join skali gaduh sowie la....dia ngn anak kucing pun takoooot...tp yg best jojohn ni dia la kucing pling manja sekali..........so syg dia...nak siom2 je dia...

ok...sekarang ni a bit tentang fakta kucing yang fyena ambik kat wikipidea...

The cat (Felis catus), also known as the domestic cat or house cat to distinguish it from other felines, is a small predatory carnivorous species of crepuscular mammal that is valued by humans for its companionship and its ability to hunt vermin, snakes and scorpions. It has been associated with humans for at least 9,500 years.

A skilled predator, the cat is known to hunt over 1,000 species for food. It can be trained to obey simple commands. Individual cats have also been known to learn on their own to manipulate simple mechanisms, such as doorknobs. Cats use a variety of vocalizations and types of body language for communication, including meowing, purring, hissing, growling, squeaking, chirping, clicking, and grunting. Cats may be the most popular pet in the world, with over 600 million in homes all over the world. They are also bred and shown as registered pedigree pets. This hobby is known as the "cat fancy".

Until recently the cat was commonly believed to have been domesticated in ancient Egypt, where it was a cult animal. However a 2007 study found that the lines of descent of all house cats probably run through as few as five self-domesticating African Wildcats (Felis silvestris lybica) circa 8000 BC, in the Near East.



Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com