Blacy Smiley - Silly

Sunday, October 18, 2009

makan malam sempena tamat latihan dan pertauliahan kor suksis uthm...



Baru je balik dari makan malam bagi meraikan super senior kami yang telah berjaya menamatkan latihan selama 3 tahun...Sebagai anggota kor suksis yang junior, kami amat hormat dengan mereka....agak membanggakan bila pelatih terbaik keseluruhan adalah anggota wanita.....Ini amat menaikkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan dalam kor suksis ini....

Paling best sekali of course la part makan...wah....kenyang sgt9999999999x...sampaikan ada yang x larat nk bangun...muahahaha....paling best meja kami sebab peruntukan 1 meja adalah 10 orang tapi kami cuma ada 6 orang je...hehehe..x larat la nak habiskan...bagi yang membe laki yang x cukup makan..hehehe

Dah selesai makan, apa lagi karaoke la~~~~hehehehe...ada juga bakat terpendam yang amat x disangka2 muncul tadi....ada yang ok, mengagumkan...dan teettttt~~~~







Saturday, October 17, 2009

Apa akan jadi kan bakal-bakal guru nanti?????

Agak terkejut juga bila lecturer kami bagitau yang penempatan guru-guru akan di bekukan @ di lambatkan bermula tahun 2010....maksudnya mulai tahun depan.....
Mula-mula dengar tu agak tidak faham so bila dah balik kuliah, terus surf internet cari benda ni.....walaupun agak terlambat mengetahui benda ini tapi ini berkaitan dengan kami semua bakal-bakal guru...jadi cm ne????lebih-lebih lagi kepada pengambilan yang baru ini...apa nasib kami nanti?????


so ini yang orang dapat...

NC (A&A): Penempatan ke sekolah dibeku bermula 2010

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara. (melambak sangat ke????rasanya graduan kursus lain pun rmi yang menganggur tapi kenapa kena gadaikan dan pertaruhkan guru....bukankah guru ni permulaan segala pendidikan????)

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.



sumber: www.upsikini.blogspot.com

Disini...saya sertakan sajak guru oh guru karya usman awang....harap orang-orang yang berkaitan hayati lah...

Guru Oh Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

what happen to me????

Rasanya sudah berkurun ku biarkan blog ni sepi, walaupun sepi itu indah...rasanya kalau diibaratkan rumah mungkin sudah usang dan penuh dengan sarang labah-labah....

Semenjak aku menyambung pelajaran aku sememangnya malas nak usik blog ni..tapi rindu jugak..hehehe~~~

banyak benda yang berlaku sepanjang blog ini menyepi...bulan ni je aku dah mula sibuk dengan aktiviti-aktiviti u....

awal bulan aku mengikuti program indahnya desa kat kampung sungai sarang buaya, di Semerah, Muar....memang menarik...keluarga angkat yang menjaga kami pun semua nya baik2 belaka...Asyik makan je....balik umah je makanan dah terhidang..(yelah klu kat asrama blek umah mana ada org sedia makanan....nak2 kena beli..makan pun skali sehari je~~~)program 3 hari 2 malam tu di isikan dengan lawatan ke pusat kraftangan tempurung kelapa, kolam air panas, persembahan penduduk kampung...sepatutnya kami di bawa ke ladang kelapa sawit dan getah untuk mengalami sendiri pengalaman menoreh getah dan mengambil kelapa sawit tetapi agak malang kerana hujan....tapi aktiviti yang paling memberi makna paling dalam ialah apabila kami memasak bersama-sama penduduk kampung dan memberi kan motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6.....pengalaman~~~~~




9-10/10/2009 pula join plak eksplorasi gua tempurung...wah..memang enjoy r...habis basah satu badan masuk gua...kena merangkak,meniarap, mengelongsor, masuk lubang yang kecik...semua nya best walaupun penat.....ajk kelab kembara pun sporting2 dan turut serta dalam explorasi tersebut....harap2 ada lagi program akan datang..insyaAllah akan join....korg tgk la ye picture ni...x reti nk gambar kan cm ne...





Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com