Blacy Smiley - Silly

Wednesday, February 17, 2010

Masalah buang bayi...

Sebelum meneruskan bacaan. Saya ingin meminta maaf jika penggunaan ayat yang tidak betul. Bagi memenuhi kajian kes untuk subjek Psikologi Remaja..kami telah di beri tugasan untuk mengetengahkan masalah-masalah yang di hadapi oleh remaja masa kini dari sudut psikologi...setelah melihat begitu banyak kes pembuangan bayi maka kumpulan kami telah membuat keputusan untuk memilih tajuk Ketelanjuran Cinta.(hehehe.......ketua kami yang bagi nama...tajuk mesti gempaqqqq)

Jika kita perhatikan, kes-kes pembuangan bayi banyak berlaku pada bulan 11,12 dan sering kali kita melihat di kaca televisyen dan dada-dada akhbar yang bayi tersebut di buang di tempat-tempat amat menyedihkan dan tidak selayaknya bagi seorang bayi yang comel berada di situ dan dalam keadaan yang amat menyedihkan untuk kita menatapnya...bagi yang mempunyai empati yang tinggi mungkin dia akan merasai kesedihan bayi tersebut. Jika kita undurkan balik masa tersebut 9 bulan ke belakang...kita akan menemui bulan-bulan bagi remaja-remaja ini melakukan perkerjaan yang terkutuk ini..seperti yang di beritahu oleh seorang senior ku..musim mengawan..perkara ini berkemungkinan berlaku pada bulan 2 kan ke itu bulan untuk berkasih-kasihan, pastu bulan 8 bulan merdeka bagi remaja untuk balik sesuka hati tak ikut masa...


ok...saya ingin meminta pendapat kawan-kawan semua mengenai tajuk ini...

1) Punca perkara ini berlaku adalah di sebabkan oleh keadaan sekeliling, remaja itu sendiri, keluarga, atau mungkin di sebabkan oleh faktor biologi remaja itu sendiri contohnya hormon??
Patutkah kita menyalahkan pihak berkuasa yang mungkin tidak membendung perkara ini dari terus berlarutan???

2)Apakah hukuman yang di berikan sekarang ini berbaloi dengan apa yang mereka dapat...mereka cuma di tuduh atas tuduhan menyembunyi kan kandungan...tapi kenapa tidak di tuduh membunuh???

3) Apakah cara yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan masalah ini..

Anda boleh lontarkan apa sahaja pandangan atau pendapat anda...kerana setiap pendapat dan pandangan dapat membantu saya dalam kajian kes ini..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
TQ

4 comments:

BuDakHutaN said...

fyena~ pada pandangan saya

gejala ni berpunca dari tipisnya iman dan pegangan seseorang. Persekitaran dan pergaulan yang tidak sihat juga menjadi penyumbang utama kes ini.

kadangkala kes sebegini terjadi bukan atas kerelaan si wanita, tetapi natijah dari kes rogol/haruan makan anak. Batas terakhir malu tidak dapat dibendung, maka bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.

kenapa dibuang? kerana malu dan persepsi masyarakat yang terlalu memandang hina kepada mereka yang telah melakukan kesilapan ini. Seharusnya mereka diberi peluang untuk memperbaiki diri dan bukannya terus dihukum sebagai seorang yang pesalah besar. Penerimaan masyarakat secara positif akan dapat membendung gejala buang bayi.

....

Anonymous said...

buley gaks refer cni:
http://unwanted86.blogspot.com/2010/02/valentine-day-siapa-yang-untung.html

besar isu neh... tp sekadar bg pandangan je kn? hehehe~... ok, join da club... bantu pape yg dapat...

"Remaja terlalu ghairah mengejar dunia apabila diri ditunjangi nafsu..."

Kalau diteliti lebih mendalam, isu buang bayi neh banyak dilakukan oleh bangsa melayu. Sebab apa? Walhal remaja2 neh telah dididik dari kecil Amar Makruf Nahi Mungkar. Diterap dengan nilai2 murni sejak di bangku sekolah. Persoalannya, di manakah silap nya? Kenapa isu buang bayi tak terlalu hangat di negara2 lain seperti Indonesia dan negara2 barat? Sedangkan maksiat di tempat mereka lebih berleluasa. Jawapan hanya satu, sebab mereka takut nk berdepan dengan masyarakat, takut berdepan dengan tohmahan2 & pandangan2 keji dari masyarakat sekeliling.

Di Indonesia, kalau seorang perempuan melahirkan anak sebelum ikatan perkahwinan, masyarakat di sana masih buley terima. Menjadi penyebab kpd lahirnya anak haram seolah2 tidak menjadi satu dosa. Mentaliti rakyat Indonesia berbeza dengan rakyat kita yang bukan saja dipelopori oleh orang kuat agama (orang yang bijak pandai tentang agama) malah berpegang kukuh dengan budaya Melayu. Di Malaysia, isu keagamaan sangat sensitif lihat saja isu Penggunaan Kalimah Allah.

Maka, jika seseorang itu melakukan kesalahan berkaitan agama mereka akan lekas takut untuk mengaku bersalah. Malahan menyembunyikan bukti kesalahan seperti hal yg sedang dibincangkan iaitu pembuangan bayi hasil hubungan cinta terlarang. Mereka mengguna jalan pendek dengan membuang bayi yang tidak berdosa di tong sampah, ditinggalkan di perhentian bas atau masjid lebih menyedihkan bayi ini dibakar. Pasangan kekasih ini juga tahu bahawa jika mereka menjaga bayi yg dilahirkan mereka akan dipandang hina malah pihak keluarga juga dipandang serong. Diumpat, dikeji & dipulaukan masyarakat.

Anonymous said...

1. Ok, and the root of the root of the problem ialah....

>>> Remaja itu sendiri
Ok, neh memang dah tersedia maklum. Tepuk dada, tanya Iman. Bak kata akimsensei: Mental musti Kuat... huhuhuhuhu~

Reason seterusnya adlah penguat kepada isu yg didebatkan...

>>> Keadaan sekeliling atau lebih tepat pengaruh rakan2.
Rakan2 penentu hala diri kita. "Perumpama'an sahabat yang soleh adalah seperti penjual minyak misik, jika engkau tidak mendapatkan sebagian minyak itu, engkau akan mendapatkan wanginya, sedangkan perumpama'an sahabat yang buruk adalah seperti peniup kipas tukang besi, jika engkau tidak terkena abunya, engkau akan terkena asapnya". HR Abu Dawud refer: http://indo.hadhramaut.info/view/1388.aspx

>>> Faktor biologi…
Tak pasti… ada kew? Cmne tuh? Xpaham... huahuahuahua~

>>> Pihak berkuasa..
Tidak boleh meletakkan 100% pihak berkuasa yang bersalah. Tapi langkah drastik memang perlu diambil. Sebagai contoh, pihak JAIS menggiatkan xtvt penangkapan belangkas pd hari2 kemuncak yg ada high possibilities berlaku hubungan haram neh. Mungkin pasukan RELA buley terlibat bersama... errrkkk~ buley kew? Xoxoxoxoxo
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat perlu mewujudkan satu program kesedaran Cintailah anak yang dilahirkan seperti Ibumu mencintai Kamu or whatsoever yang mana perlu ditonjolkn betapa pentingnya seorang ibu menjaga anak yang telah dilahirkan. Selain itu program yg bersesuaian juga perlu untuk memberi penekanan kepada anak2 gadis daripada hanyut dengan cinta terlarang sekali gus memberi kesedaran betapa membuang bayi sehingga anak kecil mati terbiar juga dianggap seperti membunuh walaupun tidak dirancang.

Atau Mudah cakap: Hukum Penzina mengikut Hukum Islam. Confirm lepas neh kurang & terus xda orang buang bayi... huhuhuhuhu~


2. Hukuman yang dikenakan masih tak setimpal. Lihat saja dengan kes2 yang kian bertambah. Sepatutnya, hukuman yang dikunakan bertujuan sebagai hukuman kepada pesalah & menjadi sempadan bg remaja2 lain daripada melakukan. Tapi, kes neh masih berlaku dan secara logiknya hukuman yang dikenakan tentu sekali tidak setimpal. Pendek kata, sistem kehakiman yang digunakan belum mampu membanteras isu pembuangan bayi.

3. Caranya mudah saja. Kalau hukuman Hudud terlalu sukar dilaksanakan di Malaysia Negara Komanwel, maka sebat ibu-bapa yang tak bertanggungjawab neh di khalayak ramai. Biar golongan ini belajar untuk insaf~

Sekian...
Huhuhuhuhu

Apollo Sapollo said...

Bgus artikel ni.Saya pun tengah tak puas hati dengan orang buang bayi ni...ISLAM pulak tu.

Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com