Blacy Smiley - Silly

Wednesday, February 17, 2010

Masalah buang bayi...

Sebelum meneruskan bacaan. Saya ingin meminta maaf jika penggunaan ayat yang tidak betul. Bagi memenuhi kajian kes untuk subjek Psikologi Remaja..kami telah di beri tugasan untuk mengetengahkan masalah-masalah yang di hadapi oleh remaja masa kini dari sudut psikologi...setelah melihat begitu banyak kes pembuangan bayi maka kumpulan kami telah membuat keputusan untuk memilih tajuk Ketelanjuran Cinta.(hehehe.......ketua kami yang bagi nama...tajuk mesti gempaqqqq)

Jika kita perhatikan, kes-kes pembuangan bayi banyak berlaku pada bulan 11,12 dan sering kali kita melihat di kaca televisyen dan dada-dada akhbar yang bayi tersebut di buang di tempat-tempat amat menyedihkan dan tidak selayaknya bagi seorang bayi yang comel berada di situ dan dalam keadaan yang amat menyedihkan untuk kita menatapnya...bagi yang mempunyai empati yang tinggi mungkin dia akan merasai kesedihan bayi tersebut. Jika kita undurkan balik masa tersebut 9 bulan ke belakang...kita akan menemui bulan-bulan bagi remaja-remaja ini melakukan perkerjaan yang terkutuk ini..seperti yang di beritahu oleh seorang senior ku..musim mengawan..perkara ini berkemungkinan berlaku pada bulan 2 kan ke itu bulan untuk berkasih-kasihan, pastu bulan 8 bulan merdeka bagi remaja untuk balik sesuka hati tak ikut masa...


ok...saya ingin meminta pendapat kawan-kawan semua mengenai tajuk ini...

1) Punca perkara ini berlaku adalah di sebabkan oleh keadaan sekeliling, remaja itu sendiri, keluarga, atau mungkin di sebabkan oleh faktor biologi remaja itu sendiri contohnya hormon??
Patutkah kita menyalahkan pihak berkuasa yang mungkin tidak membendung perkara ini dari terus berlarutan???

2)Apakah hukuman yang di berikan sekarang ini berbaloi dengan apa yang mereka dapat...mereka cuma di tuduh atas tuduhan menyembunyi kan kandungan...tapi kenapa tidak di tuduh membunuh???

3) Apakah cara yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan masalah ini..

Anda boleh lontarkan apa sahaja pandangan atau pendapat anda...kerana setiap pendapat dan pandangan dapat membantu saya dalam kajian kes ini..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
TQ

Thursday, February 4, 2010

Jom g mengundi.....

Hari mengklik undi di UTHM

(bukan membuang undi sbb x yah buang kat dlm kotak tu pun)

harap2 semua nye berjalan dengan lancar hari ni....

x da insiden-insiden yang x di ingini berlaku...

ptg ni kena jaga aman masa pengiraan undi dan pengumuman calon yang menang...

huhuhu...

wait n see je....
Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com