Assalamualaikum.....
31 Disember merupakan hari terakhir bagi setiap tahun. Ini menandakan keesokkan harinya adalah hari yang baru dan tahun baru dalam kalendar Masihi. Malam ini pasti seluruh dunia akan menyambutnya dengan bermacam-macam cara dan malah secara besar-besaran. Berlainan dengan sambutan awal Muharam yang kehadirannya hanya di rasai oleh sesetengah pihak sahaja.
Saya pasti buat masa sekarang pasti semua akan bertanya apa azam tahun baru anda kan? Mmmm... Azam saya tahun ni dah berjaya jadi saya akan lanjutkan ke azam baru saya tahun ini supaya saya cepat posting.
Apa perancangan anda untuk malam ini? Jom sama-sama kita lihat antara pilihan-pilihan yang terdapat pada malam tahun baru ini...
1. Boleh dikatakan setiap tahun sambutan tahun baru akan diadakan di Padang Merdeka. Mungkin sebab situ ada jam yang besar kot..hehehe..
2. Pilihan ke2, pergi ke majlis ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus? Kalau saya dekat, saya mesti PILIH...hehehe
3. Kalau kat Kuching ni, malam tahun baru orang ramai (remaja) akan pergi ke Kuching Waterfront.
4. Dan kalau dah tak tahu nak pergi mana, duduk rumah tengok TV je..... pastu tunggu sampai jam 12 tengok bunga api dari rumah je.... hehehe...