Blacy Smiley - Silly

Tuesday, December 13, 2011

Speech is silver, silent is GOLD...

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika berbicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah Swt.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. 

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan 
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat kepada kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup segala aib

Hadis-hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya  neraka lebih utama baginya"

(Hadis Riwayat Abu Naim)

Madah dari Hukama:
"BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARIPADA ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP"

"MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG"

"KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI"

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.  Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Tuesday, December 6, 2011

IF YOU ARE MY FRIEND





Written with a pen,
Sealed with a kiss,
If you are my friend,
please answer this:


Are we friends?
Or are we not?
You told me once
But I forgot.

So tell me now
And tell me true
So I can say....
"I'm here for you."

Of all the friends
I've ever met,
You are one
I won't forget.

And if I die
Before you do,
I'll go to heaven
And wait for you.

If you are not there
On Judgment day,
I'll know you went
The other way.

I'll give the angels
Back their wings
And risk the loss
Of everything.
Just to prove my
friendship is true..
to have a friend like you!



 

dak2 umah 9 senget.....

umh no 15...

Sunday, December 4, 2011

14 Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

‎14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura - 10 Muharram, selasa,6/12/2011 (M'sia) :)

1) Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2) Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3) Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4) Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5) Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6) Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7) Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8) Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9) Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10) Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11) Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12) Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13) Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14) Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Kelebihan 9 dan 10 Muharam

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. Oleh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". – Surah Yunus, ayat 90.
Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini". Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan Bani Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, perintah baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah satu pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel.

Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq.

Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net

Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya ;

Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.”

Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. – Muttafaq ‘alaih.

Daripada Abi Musa Al-Asy’ari RA berkata, : “Ini ialah hari ‘asyura yang dimuliakan oleh kaum Yahudi dan dijadikan hari raya. Maka Rasulullah SAW berkata, “Berpuasalah kamu semua.” – Muttafaq ‘alaih.



Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud.


Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.

Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

1) Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2) Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
3) Puasa pada hari ke 10 sahaja.


Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin..”.
Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA.
Oleh yang demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net

Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyid Sabiq, Fiqhus-Sunnah.

Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘ayura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama.
Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan. Wallahu a’lam.

Kredit to tarbiyyahibnumasran.blogspot.com

Sunday, October 16, 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita





Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam.............

Monday, August 1, 2011

kawan, kawin & kengkawan


  KAWAN, KAWIN & KENGKAWAN


  Oi kengkawan
Kawan tetap kawan
Kawan² jgn tak ingat kat kawan²
  Kawan-kawan tak mau lawan
Kengkawan, jgn makan kawan
Tapi makan,jgn tak ingat kawan
  Kawan ngan kawan tak best arr kawin
Kawan dulu baru kawin
Atau
  Kawin dulu baru kawan
Tapi kalau tak kawan
Cam ner nak kawin arr
  Kawan kawin, jgn lupa kengkawan

Oi kengkawan


lu org bila nak kawin

bila baca2...mcm berdepek kena kat muka dik pun...hahahaha...
oi AP...ko bila mok nikah......

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Kembali....

alhamdulillah.....
x lamak gik mok posa dah org.....
bulan yang penuh rahmat dan besar ganjaran nya bagi sapa2 yang mengerjakannnya...


sebelum nok posa tok..jangan lupa niat okai...
so aku nk kongsi la dgn ktorg smua niat posa k sebulan n setiap hari....
semoga bermanfaat k semua...

Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:


Lafaz niat: “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”

Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala



Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):


Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”

Niat: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).



maknanya... niat puasa boleh di polah dalam mana2 bahagian dalam waktu ya....even pas sungke...


so selamat berpuasa k kawan2....

Thursday, July 28, 2011

makanan sarawak....

x lamak gik nok posa kan...

bila da posa, mesti banyak makanan yang korg semua da plan nk makan masa berbuka kan...huhuhu...
yalah da x mkn pagi ya...bila da sungke A.K.A berbuka puasa tek...korg arum bulak nk makan semua...

tapi beringat2 juak mun nok beli makanan ya...jangan sampe membazir...makan mana yang perlu jak...
jangan bena gila makan smpe malas nok sembahyang terawih....

ctok..aku mok nunjuk makanan sarawak yang nyaman2 dan sedap2...mun sapa nanga blog ku tok bulan posa minta maaf la ho....aku post tok belum posa gik...sapa suh ktorg nanga..tahan iman oi,....posa2....jgn x posa...

 sayo midin..nyam2...

tok r laksa sarawak...
 mee kolok sarawak...sapa2 kuar dr srwk akan ingat mknn tok..

 umai....samaada umai ikan, udang, obor2..tp raw..mentah..nyaman..masak pake bawang, limau, cabik..masak dik pun k limo........aku suka makan sejuk2...


 tok bubur pedas...mknn kemestian bulan posa..tp mun beli rah pasar ya kenak pande milih la...x semua rasa nya sama...i like my late mom molah..nyaman gik....

ikan terubuk masin...mkn ngn limo...nyaman..tp aku x makan...byk tulang..mls mok milih tulang sebnarnya....

yeah...balik kampung....

balik kampung.....o..o..ooo....balik kampung....

ok ap...stop...jgn lagu gik...dah la pg td ujan lebat rah TDI...

hahha...maka balit bulan posa tapi da mbak lagu raya..ahhh...ada ku kesah...
lagu ya merangkap balit posa dgn raya sekali....rindok nya ati ku.....


yay..akhirnya aku boleh kampung juak...lama da jak rasa x balit kampung....
last aku balit bintulu....awal tahun ya tek...ya pun 3 hari jak...ne cukup.......
last balit kuching...raya tahun ya tek....gik kecian...adoi.......setahun la aku x balit kuching..
apa ndak jadi dgn kau ap....huhu..bok blja da jrng balit kuching...


x palah...pengorbanan demi pelajaran dan suksis ku juak....
oit ap...ko juak yg pilih smua ya....hish...x boleh bising2 gik kinek...

barang pun x abis packing gik...esok awl pagi aku chow dr tempat tok...kihkih...x sabar nya...
arap2 ada la tiket g jb..mun x da mati kau ap..cm ne ko mok balit....

k r...ku mok packing lok....

da update blog....ntah pa2 jak k ngereco ko tok...kali kuar bhsa sarawak...
nsb la sapa baca....cr kmus bhsa srwk oi...huhuhu


ngereco dah rupa kak lehot ku tok...hahaha...oi kak lehot...senin tok ku dgr ko ngereco dlm radio oi...
sak org kpg dgr tekak kerabak ku tetak awl pagi...hahahahaha...

hish2... ap ap...

Friday, February 25, 2011

Penantian bakal berakhir

1st of all, entry ni utk peminat-peminat Ramlee Awang Mursyid...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lama x menjengah blog..hari ni g r usha2 blog2 yg len..
mata terarah pada blog www.kelabram.com...
seronoknya......sutera bidadari akhirnya da siap....

x sabar rasanya nak membacanya...
bagi yang da membaca cinta sufi mesti tertanya-tanya kenapa penghujung novel tersebut
macam x da ending...banyak sangat persoalan yang timbul kan???

Jadi nak tau apa yang terjadi...sape waris mariam???ape jadi kat sunan dengan hang tuah???

kena la beli sutera bidadari ni nanti...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
x sabarnya.........

insyaAllah ada r tu pesta buku antarabangsa bulan 4 ni nanti.....

jangan lupa beli tau...

nk tau lebih lanjut..g kat RAMFC

Thursday, February 24, 2011

kali ke2 ke gua tempurung.....

Salam kepada follower..minta maaf kerana lama x update blog...

nk kata kengkangan masa..ye juga..ada juga terlupa dan malas nak update blog...

------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjejakkan kaki kali ke2 ke gua tempurung merupakan saat yang tidak begitu teruja jika dibandingkan dengan saat pertama ke situ. mungkin kita mengandaikan perjalanan yang bakal dilalui adalah sama dengan yang kita lalui pertama kali.

Tetapi andaian saya meleset sama sekali kerana perjalanan kami kali ini lebih lama dari xpdc kami dahulu dan boleh saya katakan perjalanan kali ini lebih mencabar bagi saya yang gayat ini. Perkara pertama yang saya sedari jalan pertama yang kamni lalui kami da mula merangkak dalam air, padahal yang dulu belum lagi smpi merangkak2. dan yang kedua kami dikehendaki memanjat batu untuk memasuki lubang kecik diatas...

Saya merupakan antara orang yang terakhir memanjat tembok tersebut, sebab saya da melihat gaung di sebelahnye..aduhai....tulis ni pun da berpeluh tapak tangan tau x...bayangkan perasaan saya masa tu..dan hampir-hampir tergelincir masa nak memanjat...Allah masih sayangkan hambaNya..aku terselamat.

Tapi pengalaman ini semua berbaloi dan menambahkan lagi pengalaman aku sebagai seorang insan yang duduk di muka bumi ini. idak dilupakan kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu semasa program dijalankan. Dan juga ke[ada rakan-rakan yang menahan dan menyambut kaki ku semasa mengelongsor 9m. maaf jika ada tangan kamu sakit sebab nk menahan kaki kami......

-----------------------------------------------------------------------------------------


saya ialah power ranger warna kuning.....go go power ranger.... (^_^)

-----------------------------------------------------------------------------------------

lokasi seterusnya ke taman tasik dan night safari...

seronok sangat...saya suka tgk binatang..hehehehehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tangan masih sakit...sape reti urut............................

Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com