Blacy Smiley - Silly

Friday, January 18, 2013

Mak..... I Love You

Cepatnya masa berlalu..sekarang sudah 7 tahun mak meninggalkan kami..Benar kata orang, bila dah tiada baru kita terasa kehilangannya dan berharap masa boleh di putar ke masa lalu agar kita boleh memperbaiki semua yang telah dilakukan..tapi semua itu adalah mustahil..yang hidup tetap kena meneruskan hidup seperti biasa.

Semuanya serba terasa bila masa yang di lalui tiada insan istimewa di sisi. Saat mendaftar masuk Universiti, hati terasa sangat bila melihat  ada mak ayah yang datang menghantar, si mak risau jika keperluan anak tidak cukup padahal kita keseorangan. Seterusnya saat si anak berjaya mendapat segulung ijazah semuanya terasa tidak lengkap bila dalam gambar keluarga ada kekosongan, sangat cemburu bila lihat orang lain boleh peluk cium mak dorg lagi tapi semua hanya di pendamkan dalam hati.

Bila menonton tv atau berita, melihat ada yang sanggup mengabaikan, meninggalkan mak ayah di rumah orang tua kita yang terasa sedih dan marah dengan si anak kerana tidak menghargai mak ayah mereka...Bodohnya mereka kerana tidak sedar akan rasa kehilangan lagi... Jangan sampai kamu menyesal di kemudian hari nanti. Jangan sampai di saat mak ayah kamu sudah tiada di dunia ini baru kamu menyesal dan menangis. Sementara mereka masih ada, hargailah mereka.

Mungkin mereka akan sentiasa mengulang-ulang perkara yang sama saat berbicara kerana takut kita lupa atau mungkin mereka lupa, mungkin mereka tidak mendengar dengan baik sekarang.. Tapi ingatlah bersabarlah dengan karenah mereka... 

Kata-kata ini bukan untuk orang lain tapi untuk diri aku sendiri kerana aku bukanlah anak yang sempurna.Tapi aku akan berusaha untuk menjadi anak yang baik dan berbakti kepada orang tua sehingga ke nafas terakhir mereka.

Sebagai anak jangan kita lupa untuk mendoakan mereka ibu bapa kita mahupun yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

 

MAMA (SPICE GIRL)
 
She used to be my only enemy and never let me be free
Catching me in places that I knew I shouldn't be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you.Mama I care
Mama I love you . Mama my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
 

I had a lot of to think about,about the way I used to be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love
Mama, I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend

Wednesday, January 16, 2013

MUSLIM MANGA

Assalamualaikum....

Seperti yang kita maklum manga ni adalah komik ala Jepun kan yang kartoonnya sangatla kiut dan mempunyai mata yang besar. Saya merupakan salah seorang pengikut setia manga online. Hari ini saya nak perkenalkan manga terbaru kepada peminat-peminat manga.

Macam yang kita tahu manga ni ada macam-macam contohnya shonen manga, shojo manga, ada juga manga org putih macam spiderman, batman. Adakah korg tau yang manga juga ada untuk muslim?saya baru je tau...manga muslim...bukan hanya untuk muslim tapi untuk yang non-muslim juga boleh membacanya..Muslim manga ni menjadikan manga ni sebagai cara mereka untuk mengajak pembaca mendekati islam dengan cara yang santai dan berilmu.

Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang via Komik , bacaan ringan yang penuh dengan message
yang baik dan tidak jemu dibaca macam baca buku cerita huhu.Sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat...

JOm kita usha muslim manga ni ckit....


Klu korg nak membaca boleh la ke http://en.muslim-manga.com/

Tuesday, January 15, 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 @ 11 Anjakan





   

KEMENTERIAN Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional.

Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah:

  1. Pertama, memartabatkan profesion keguruan;
  2. Kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
  3. Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah;
  4. Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
  5. Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
  6. Keenam, mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam   pendidikan;
  7. Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja;
  8. Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
  9. Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.

Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan, manakala anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa.


11 ANJAKAN 

ANJAKAN PERTAMA (1) ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju.

Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.

Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu ini, kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana. Ini termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun berbanding enam tahun.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

Selain itu, tempoh pendidikan wajib juga akan dilanjutkan daripada 6 tahun sekarang kepada 11 tahun, dengan disokong oleh pelbagai inisiatif untuk mengekalkan murid dalam sistem pendidikan, termasuk memperluaskan laluan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.

Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. Murid Orang Asli dan kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran, akan menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama seperti murid lain.

Dari segi penguasaan bahasa, Kementerian akan melaksanakan AJAKAN YANG KEDUA (2), iaitu memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, Kementerian akan memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Kementerian juga akan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun.
Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif untuk meningkatkan kemahiran. Di samping itu, murid akan diberi pendedahan yang lebih meluas terhadap bahasa Inggeris dengan memperkenalkan modul Sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah.
Bagi memantapkan penguasaan bahasa Malaysia di semua jenis sekolah, kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi sekolah jenis kebangsaan. Dengan pelaksanaan kurikulum standard ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsan akan dimansuhkan mulai tahun 2017. Selain itu, Kementerian juga akan menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.

Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan ANJAKAN yang ketiga (3), iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak kita perlu memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan tuntutan moral, etika dan agama. Pada masa yang sama, sebagai warganegara, anak-anak kita juga perlu sentiasa dipupuk dengan semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu.

Untuk itu, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role play), simulasi, perbincangan, dan tugasan dalam kumpulan kecil. Selanjutnya, Kurikulum Pendidikan Islam akan melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama-agama yang lain.
Bagi murid bukan Islam pula, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar. Program-program yang sedia ada seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan program 1Murid 1Sukan 1Kelab dan 1Badan Berunifom juga akan diteruskan.

Segala langkah yang akan diambil ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dokongan guru-guru yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEEMPAT (4), iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Anjakan ini adalah selari dengan pandangan sebahagian besar peserta Dialog Nasional Pendidikan Negara yang mahukan kualiti guru diberikan keutamaan.

Untuk itu, kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan menyasarkan hanya 30% teratas daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan. Selain itu, bagi guru-guru yang sudah berada dalam sistem, kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya berterusan guru-guru dengan melaksanakan program pembangunan kerjaya secara in-situ di sekolah.
Untuk menyokong peningkatan prestasi guru, kementerian akan menyediakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi. Dalam hal ini, guru berprestasi tinggi akan berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada gred DG41 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun yang merupakan purata tempoh kenaikan pangkat secara time-based yang baru.

Selain itu, kementerian akan memastikan guru memberikan tumpuan kepada fungsi teras pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran; memperluaskan laluan kerjaya guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus; dan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.

Seterusnya, ANJAKAN YANG KELIMA (5) ialah memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Untuk itu, Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi, serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai tahun 2013. Selain itu, kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah.

Kementerian juga akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah. Untuk itu, Kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEENAM (6), iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches atau SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners atau SiPartners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Para jurulatih ini bertanggungjawab memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah, iaitu sekolah yang berada dalam band 5, 6 dan 7. Satu projek rintis akan dilaksanakan di negeri Sabah dan Kedah mulai Januari 2013, manakala pelaksanaan seluruh negara akan bermula Januari 2014.

Selain itu, untuk meningkatkan autonomi sekolah, kementerian akan membenarkan fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, Sekolah Amanah dan sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara. Dari semasa ke semasa, lebih banyak sekolah akan diberikan hak membuat keputusan dan akauntabiliti berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

Dalam dunia yang pantas berkembang hari ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran. Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KETUJUH (7), iaitu memanfaatkan (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.

Seterusnya, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KELAPAN (8), iaitu mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran. Struktur organisasi kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih. Lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD, iaitu agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Dalam konteks ini, PPD bukan lagi semata-mata berperanan sebagai saluran penghubung antara kementerian dan sekolah, tetapi sebagai agensi penting yang terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah. Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan makro dan penggubalan dasar, manakala JPN akan memberikan tumpuan kepada penyelarasan dan penyampaian segala perancangan, serta menjadi penghubung yang penting antara penggubal dasar dan pelaksana di peringkat bawah.

Menyedari hakikat bahawa proses pembelajaran tidak hanya berlaku di sekolah, tetapi turut merangkumi aktiviti-aktiviti di luar sekolah yang melibatkan penyertaan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEMBILAN (9), iaitu memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta. Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), untuk membolehkan ibu bapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Perhatian khusus akan diberikan kepada usaha membantu ibu bapa luar bandar dan miskin bandar meningkatkan prestasi anak masing-masing.

Selain itu, pihak kementerian akan mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai tahun 2016. Untuk menggalakkan pelibatan sektor swasta dan komuniti, kementerian akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang tahun 2025 dengan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan yang berpotensi sebagai penganjur.

Saban tahun, sekitar 16% daripada bajet negara diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran, dan jumlah ini merupakan yang terbesar antara semua kementerian. Bajet pendidikan di Malaysia, sebagai sebahagian daripada KDNK juga merupakan satu daripada yang tertinggi di dunia.

Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEPULUH (10), iaitu memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, seiring dengan anjakan pengurusan kewangan negara ke arah Bajet Berasaskan Keberhasilan (Outcome-Based Budgeting). Kementerian juga akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberikan keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

ANJAKAN YANG KESEBELAS (11), iaitu yang terakhir, ialah meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Sepanjang pelaksanaan Pelan ini, semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian. Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan ini akan diterbitkan untuk tatapan umum mulai tahun 2013. Kementerian juga akan melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan pelan ini sesuai dengan sifat dinamis dan perkembangan semasa sektor pendidikan.
Pelan Pembangunan Pendidikan ini adalah satu dokumen komprehensif yang bukan sahaja mengenal pasti bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah turut menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

Misalnya, rakyat boleh menjangkakan dalam Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun 2013 hingga 2015, akan berlaku peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah, dan mutu kepimpinan sekolah.

Dalam Gelombang Kedua pula, iaitu dari tahun 2016 hingga 2020, akan berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baharu; bahagian-bahagian di Kementerian distruktur semula untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang Pertama; dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula untuk memastikan ia sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia hari ini.
Manakala dalam Gelombang Ketiga, iaitu dari tahun 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan keluwesan operasi dan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah, serta membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran.

Keseluruhan anjakan ini akan memberikan impak yang besar kepada peningkatan kualiti pendidikan negara. Sekiranya kesemua 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang kita akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada pendidikan yang berfokuskan akses kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti.
Untuk itu, sepanjang tempoh pelaksanaan, pegawai-pegawai di Kementerian, khususnya kumpulan pengurusan tertinggi, mempunyai KPI masing-masing yang dikaitkan dengan pencapaian setiap sasaran yang ditetapkan. KPI ini akan disebarkan ke peringkat bawah, dari Kementerian hingga ke sekolah, untuk memastikan matlamat yang hendak dicapai adalah tekal dan selari.

Selain itu, Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampkian Pendidikan (Education Delivery Unit) untuk memacu pelaksanaan Pelan ini. Unit ini akan bertanggungjawab memantau kemajuan, menyelesaikan isu pelaksanaan, menguruskan komunikasi dengan pihak berkepentingan dan mengumpul maklumbalas secara berterusan. Pegawai yang ditempatkan di unit ini akan terdiri daripada mereka yang berbakat besar dan berpengalaman luas dalam mengurus transformasi, baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.
Dalam konteks ini, Pelan ini agak berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Di samping menghuraikan hasrat dan sasaran yang hendak dicapai, Pelan ini lengkap dengan kaedah pelaksanaan, dan strategi penyampaian yang jelas.Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan kita telah dilakukan dengan amat teliti, dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.

Inilah julung-julung kali dalam sejarah negara kita, satu pelan pembangunan pendidikan untuk rakyat disediakan hasil rundingan awam secara telus dan terbuka. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa sehingga kini, lebih 90 peratus pandangan yang dikemukakan oleh orang ramai menerusi siri jelajah Dialog Nasional Pendidikan Negara telah diambilkira dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan yang saya bentangkan pada hari ini.


*Petikan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 baru-baru ini.

Mencipta Masa Depan Anda Dari Masa Depan Bukan Dari Masa Silam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa Hari Ini Bermula Daripada Peristiwa Masa Lampau Dan Ianya Akan Berlanjutan Sehingga Kita Di Jemput Tuhan

AsOneWishes.com